top of page

Tentang kami

Siap dibina pada tahun 2011 di atas Lot 3537 yang berkeluasan 4.8 Hektar(11.25).Mula beroperasi pada 1 Mac 2011 dengan guru seramai 14 orang dan 186 orang pelajar yang terdiri dari tingkatan1,2,3 dan 4 yang datang dari Sek.Men.Keb.Ceneh Baru.

Pada peringkat awal pembukaan,hanya 3 orang guru ditempatkan bagi melaksanakan kerja-kerja awal pengurusan,mereka terdiri daripada Tn.Haji Ishak A.Rahman(PK Pentadbiran)Pn.Latifah Abdul Razak(PK.Hal Ehwal Murid) dan En.Harun Ismail(PK.Kokurikulum).

Pada 23 Februari  2011,Mesyuarat Guru Pertama diadakan dengan dipengurusikan oleh Tuan Haji Razali Daud,Pengarah Jab.Pelajaran Negeri Terengganu dan seramai 11 orang guru hadir bersama dan melapor diri.

Pengetua pertama ialah En.Abdullah Bin Awang(jawatan sebelumnya ialah Penolong Pengawai Pelajaran Daerah Kemaman(Pengurusan Kurikulum Teknik dan vokasional) dan mula melapor diri pada 20 Mac 2011.

Bagunan terdiri dari Blok Pentadbiran ,Blok A,Block B dan Block C yang menempatkan 30 kelas manakala Block D dan Block E terdiri dari Makmal Sains,Bahasa,ICT dan Bengkel.

logo smksc.jpg
VISI

PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA

MISI

MELESTARIKAN PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA

OBJEKTIF
  1. Melaksanakan Dasar Pendidikan melalui Falsafah Pendidikan Kebangsaan 

  2. Menyediakan prasarana pendidikan yang cukup supaya suasana pengajaran dan pembelajran menjadi lebih kondusif

  3. Melaksanakan strategi yang berkesan bagi meningkatkan prestasi akademik melalui pembudayaan KBAT

  4. Melahirkan generasi yang berpotensi, berilmu dan berakhlak sebagai pelapis tonggak negara.

  5. Memantapkan satu sistem pentadbiran yang terkini, cekap dan berkualiti

  6. Memperkembangkan professionalisme guru-guru supaya menjadi pendidik berkualiti

  7. Menjaga kesejahteraan semua warga sekolah, ibu bapa, dan pelanggan

  8. Menyediakan sumber tenaga manusia yang sesuai untuk keperluan negara

  9. Membudayakan VLE FROG dan ICT serta mempertingkatkan penggunaannya

FALSAFAH

KAMI, WARGA PENDIDIKAN SMK SERI CHENEH;

Mempercayai dan mengakui bahawa semua murid boleh belajar, diajar dan boleh mencapai kemajuan serta mengakui bahawa sekolah sebagai pencorak dan kunci utama bagi kejyaan murid.

PIAGAM SEKOLAH

SEGERA : Menyampaikan maklumat segera dan tepat

MESRA   : Memberi perkhidmatan secara mesra, jujur dan adil

KENTAL : Memupuk jati diri yang kental dalam kalangan warga sekolah

SELAMAT: Menjadikan persekitaran sekolah yang selamat

CERIA     : Mewujudkan suasana yang ceria

LAGU SEKOLAH

SMK Seri Cheneh

Kan cemerlang dan indah bestari

Cekal tabah berani mesra ICT

Hadapi cabaran globalisasi

Akademik cemerlang sahsiah terbilang

Berwawasan dalam berjuang

Berteraskan iman berlandaskan Al- Quran

Ilmu ditimba jadi amalan

Kamilah putera puteri harapan bangsa

Cekal tabah pantang putus asa

Pewaris kepimpinan negara

Menjadi kebanggan ayah bonda

Sentiasa berusaha sedia berbakti

Mencapai hasrat nan murni

Berakhlak mulia berjiwa perkasa

Majulah sekolah ku tercinta

 

 

Lagu: En Mohd Zawawi bin Hussein

Lirik: Tn Hj Ishak bin A. Rahman 

KEMUDAHAN FIZIKAL
  • 30 BILIK DARJAH

  • PERPUSTAKAAN DAN BILIK-BILIK MEDIA

  • MAKMAL BAHASA

  • MAKMAL SAINS

  • MAKMAL FIZIK, KIMIA DAN BIOLOGI

  • MAKMAL KOMPUTER

  • SURAU

  • BILIK BIMBINGAN KAUNSELING

  • KEDAI KOPERASI

  • BILIK KESIHATAN DAN PERGIGIAN

  • BENGKEL KEMAHIRAN HIDUP

  • BILIK PERALATAN SUKAN 

  • KANTIN

  • DEWAN BESAR

  • 2 GELANGGANG BADMINTON

  • GELANGGANG BOLA KERANJANG

  • GELANGGANG TENIS

  • PADANG BOLA SEPAK

  • PONDOK KESELAMATAN

  • DATARAN WARISAN

  • BILIK TAYANGAN DAN SEMINAR

  • Facebook Social Icon
bottom of page